18 Jun 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjungan delegasi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Delegasi seramai 18 orang itu diketuai oleh Ir Ts Hamidi bin Che Kob, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalankan sesi perkongsian ilmiah antara kedua-dua pihak, khususnya berkaitan Kadar Harga dan Kerja berkaitan Mekanikal dan Elektrikal serta Pengurusan Sisa Pepejal.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammada Afiq Azizi bin Khairul Anuar, Penolong Pengarah Kerja dan Bangunan (Bengkel dan Pengangkutan), Puan Nur Aifa Farihah binti Mad Nor, Penolong Pengarah Kerja dan Bangunan (Projek dan Penyelengaraan), Encik Zulfadzli bin Zakaria Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Sisa Pepejal). Taklimat berlangsung di Dewan Azlan Shah, Aras 10, Majlis Bandaraya Ipoh.
Majlis Bandaraya Ipoh berharap lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak serta menjadi platform pertukaran ilmu dan amalan terbaik dalam bidang pengurusan pembangunan lestari.