Aktiviti & Berita

LAWATAN DELEGASI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

18 Jun 2025-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Delegasi seramai 13 orang itu diketuai oleh Dr. Bhavytira a/p Prem Anand, Pegawai Perubatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalankan sesi perkongsian ilmiah antara kedua-dua pihak, khususnya berkaitan Tatacara Pengurusan Semak Samun Persendirian bagi Premis dan Tanah Kosong Terbiar, Kacau Ganggu Awam dan Barang Lusuh di dalam Premis Persendirian, Kawalan Burung serta Pengurusan dan Pelesenan Anjing.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik M.Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh dan Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Ipoh. Taklimat berlangsung di Bilik Tekoma, Aras 8, Majlis Bandaraya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak serta menjadi platform pertukaran ilmu dan amalan terbaik dalam bidang pengurusan pembangunan lestari.

508598375 1104841781668341 8102464441604945214 N
508654191 1104841788335007 2694248129457769158 N
508724095 1104841725001680 2137241903120031303 N
508843578 1104841678335018 6574771980931339155 N
509145954 1104841755001677 131563252892274100 N
509360442 1104841748335011 1434351151026586295 N
509598180 1104841715001681 1799034038502005158 N
509600551 1104841661668353 2159666187500131786 N
509601707 1104841808335005 5727429006310735716 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019825