Aktiviti & Berita

LAWATAN DELEGASI MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 24 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam satu sesi lawatan rasmi yang berlangsung dengan jayanya hari ini.

Delegasi seramai 38 orang tersebut diketuai oleh Encik Mohd Herman bin Musanip, Ketua Unit Integriti MBSJ. Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman, khususnya berkaitan amalan-amalan terbaik dalam tadbir urus dan pengurusan bandaraya yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Gerakan, Aras 2, Majlis Bandaraya Ipoh, dan disampaikan oleh Ts. Nor Azlina binti Jalaludin, Pengarah Perancangan Korporat MBI serta Encik Muhammad Syahmie Hamka bin Zulkifle, Penolong Pengarah Teknologi Maklumat MBI. Antara fokus utama taklimat adalah strategi pembangunan lestari, transformasi digital, serta inisiatif pemerkasaan integriti dan inovasi bandaraya.

Majlis Bandaraya Ipoh amat mengalu-alukan kunjungan ini dan percaya bahawa lawatan seumpama ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta membuka ruang kepada pertukaran idea, pengetahuan dan amalan yang memberi manfaat bersama.

510369305 1109621207857065 7059731391217455885 N
510502332 1109621254523727 8892625458644031134 N
510564503 1109621281190391 8122154876486149803 N
511148461 1109621161190403 6586077833501342190 N
511161167 1109621227857063 4709255841022334118 N
512174592 1109621171190402 1636389951936022721 N
512304592 1109621117857074 5304959959840191383 N
512669968 1109621267857059 4142788418921269695 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019389