Ipoh, 12 November 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Audit Negara Negeri Perak bagi sesi pendedahan awal berkaitan projek-projek Bandar Pintar yang telah dan sedang dilaksanakan oleh MBI bagi tempoh tahun 2022 hingga 2025.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh akauntabiliti dan ketelusan tadbir urus, selaras dengan persediaan Rancangan Audit Tahun 2026 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara.
Antara projek utama yang diketengahkan ialah:
1. Smart Traffic Analytics & Recognition System (STARS) – bagi meningkatkan kecekapan kawalan trafik dan keselamatan jalan raya;
2. Program Kerjasama Antarabangsa UNCDF (United Nations Capital Development Fund) – yang menyalurkan geran antarabangsa untuk mempercepatkan transformasi Bandar Pintar serta pembangunan mampan di Ipoh.
Langkah ini bukan sahaja memantapkan sistem pengurusan dalaman MBI, malah memastikan setiap inisiatif Bandar Pintar memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat, meningkatkan kualiti hidup serta merealisasikan aspirasi menjadikan Ipoh sebagai Bandar Pintar, Hijau dan Sejahtera menjelang tahun 2030.
Pembentangan maklumat projek telah disampaikan oleh Encik Abdul Afiq bin Muhammad, Penolong Pengarah Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh.