Aktiviti & Berita

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 4 November 2025 — Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang), telah mengetuai delegasi MPKluang dalam satu lawatan rasmi ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Lawatan ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.

Sepanjang lawatan, delegasi MPKluang telah diberikan taklimat mengenai pengurusan Bandar Warisan dan Low Carbon City yang disampaikan oleh Encik Zulkefli bin Osman, Penolong Pengarah Perancangan (Rancangan Pemajuan), MBI.

Delegasi turut berpeluang melawat Dewan Bandaran Ipoh serta Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh (ITIC) bagi mendengar taklimat berkaitan pengurusan pelancongan di Bandaraya Ipoh, yang disampaikan oleh Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Perkhidmatan Komuniti Bandaraya.

Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform pertukaran pandangan dan perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua pihak dalam usaha mempertingkatkan tadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berimpak positif kepada masyarakat.

574251178 1217824950370023 8787071428791399266 N
575005076 1217824980370020 371652046860037132 N
576460135 1217824990370019 7563273767388283214 N
577067001 1217824960370022 7378681117637677004 N
577557050 1217825013703350 925933643794062090 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6812574