Aktiviti & Berita

LAWATAN PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) SETIAUSAHA BANDARAYA BERSAMA ADUN BUNTONG KE SEKITAR KAWASAN BUNTONG

Ipoh, 7 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited dalam menyantuni permasalahan komuniti setempat apabila Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh bersama Yang Berhormat Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) ke beberapa lokasi sekitar kawasan Buntong pada petang ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Clr. En. Sivam a/l Kalimuthu dan YBhg. Clr. En. Lawrence a/l R. Palanisamy selaku Ahli Majlis, selain Ketua-ketua Jabatan MBI serta wakil agensi kerajaan berkaitan iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak dan Lembaga Air Perak (LAP).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau serta menilai secara langsung aduan dan isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat, antaranya melibatkan:

a) Isu air bertakung di padang Laluan Sungai Pari 14, Taman Mas;

b) Perkembangan kerja-kerja menaik taraf Taman Rekreasi Madani di Persiaran Desa Rishah 13, Desa Rishah;

c) Isu penyelenggaraan bangunan dan kemudahan fasiliti di Rumah Pangsa Taman Harmoni, Buntong;

d) Isu projek menaik taraf longkang serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Sungai Pari, Buntong.

Beberapa isu yang dikenal pasti akan disegerakan tindakan dan proses pelaksanaannya bagi memastikan kemudahan awam dapat digunakan dengan lebih selesa dan selamat oleh komuniti setempat.

Lawatan TURPA ini turut mencerminkan iltizam MBI dalam memastikan setiap aduan masyarakat diberi perhatian sewajarnya, di samping menyokong pembangunan bandaraya Ipoh yang sejahtera, selamat dan lestari.

MBI berharap agar setiap isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara berperingkat melalui kerjasama erat semua pihak berkepentingan demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.

611576620 1266515815500936 3442968998026433518 N
611639289 1266515778834273 8386430255723274469 N
612278886 1266515805500937 3562808311415046416 N
612484278 1266515795500938 4357881220023661565 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313061