Ipoh, 18 November 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima lawatan sambil belajar daripada delegasi UTC Selangor dan Persatuan Usahawan Anggerik Mall (PUAM) ke UTC Perak.
Delegasi seramai 45 orang itu diketuai oleh Encik Abdul Aziz Bin Tajuddin, Pengurus UTC Selangor disambut mesra oleh Encik Abdul Halim Bin Saad, Pengurus Besar UTC Perak, Encik Romzi Bin Zamri, Pengarah Komuniti Bandaraya dan Puan Kasturi Murugiah, Penolong Pengurus Besar UTC Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman pengurusan agensi-agensi dalaman diantara pihak UTC Perak dan UTC Selangor. Lawatan ini juga membantu para usahawan Aggerik Mall di UTC Selangor didedahkan dengan usahawan dan premis perniagaan yang bertempat di UTC Perak disamping membina rangkaian perniagaan masing-masing.
Majlis turut diakhiri dengan sesi lawatan sekitar UTC Perak , sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan.