Ipoh, 12 Februari 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh bersama YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak telah mengadakan lawatan tapak bagi sesi ujian ketebalan jalan di Jalan Wah Keong, Ipoh pagi ini.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau pelaksanaan ujian ketebalan jalan yang sedang dijalankan serta memastikan aspek kualiti kerja dan spesifikasi teknikal dipatuhi mengikut piawaian yang ditetapkan.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Clr. Encik Lam Yew Tact, Ahli Majlis, Encik A'zman bin Mohd Harun, Pengarah Kerja Awam dan Ir. Ts. Arif bin Mohd Zainudin, Timbalan Pengarah Kerja Awam MBI.
Majlis Bandaraya Ipoh komited dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur jalan raya dilaksanakan secara telus, berkualiti dan memberi manfaat kepada kesejahteraan serta keselamatan pengguna jalan raya.