Aktiviti & Berita

LEBIH 2,000 WARGA KOTA MERIAHKAN IPOH LOW CARBON DAY (ILCD) EDISI KE-84

Ipoh, 23 November 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi berjaya menganjurkan Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Edisi ke-84 yang berlangsung penuh meriah di Dataran Ipoh, dengan kehadiran lebih 2,000 warga kota.

Program ILCD terus menjadi antara inisiatif terpenting MBI dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon, selaras dengan Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC). Usaha ini menyerlahkan komitmen berterusan MBI dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurangan intensiti pelepasan karbon di bandar raya Ipoh, seiring matlamat nasional mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% menjelang tahun 2030.

Selain memupuk gaya hidup sihat dan lestari, ILCD turut menjadi platform terbaik bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kota serta memanfaatkan hujung minggu bersama keluarga melalui pelbagai aktiviti riadah.

Edisi kali ini membawa tema Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang diraikan setiap 20 November sebagai simbolik pengiktirafan terhadap hak, kesejahteraan dan kebahagiaan semua kanak-kanak di seluruh dunia. Tema ini mengingatkan masyarakat bahawa setiap kanak-kanak tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang berhak dilindungi, dihormati dan diperkasakan. Ia juga menegaskan bahawa golongan ini merupakan anugerah bernilai yang wajar dibesarkan dengan kasih sayang, perhatian serta tanggungjawab.

Sambutan Hari Kanak-Kanak @ ILCD tahun ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Mewarna yang mengumpulkan 100 peserta berumur antara 6 hingga 12 tahun, dengan pelbagai hadiah menarik disediakan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH Toh Amar Pahlawan Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin dan Clr. Encik Zakaria bin Mohamed, Ahli Majlis MBI yang mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh TPr. Dr. Zulqarnain Bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat MBI.

Program turut diserikan dengan pertunjukan taekwondo oleh anak-anak kakitangan MBI, yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyemarakkan semangat kekeluargaan serta mengukuhkan jalinan komuniti dalam kalangan peserta dan pengunjung.

586534984 1232994652186386 114123789117035679 N
587160978 1232994702186381 4158668861499925606 N
587688329 1232994675519717 6170328852979921532 N
587830626 1232994648853053 119557857487411462 N
588158639 1232994708853047 1894109345892400103 N
588280247 1232994672186384 8515985545986162907 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313061