Aktiviti & Berita

LEBIH 700 WARGA KOTA SERTAI MERDEKA FUN RIDE 2026

Ipoh, 29 Ogos 2026 – Lebih 700 warga kota Ipoh menyertai Merdeka Fun Ride 2026 yang berlangsung di Persiaran Bandaraya, berhadapan Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi.

Program tahunan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh itu diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 sebagai antara platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, di samping meraikan keharmonian serta kepelbagaian masyarakat berbilang kaum menerusi aktiviti rekreasi berbasikal.

Acara pelepasan bagi Kategori Terbuka Merdeka Fun Ride 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama YDH DCP Mohammad Azlin bin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak; YBhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI; dan Tuan A'zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya.

Bagi Kategori VIP, acara pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan A'zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya. Datuk Bandar Ipoh turut menyertai kayuhan dalam kategori berkenaan bersama barisan tetamu kenamaan dan peserta VIP.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam itu melibatkan dua kategori kayuhan, iaitu Kategori VIP dan Kategori Terbuka, dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Selain acara kayuhan, suasana malam turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI, selain persembahan khas daripada artis jemputan Iskandar Projector Band.

Para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.

Penganjuran edisi kali ini turut diserikan dengan pembukaan Pop-Up Market di sepanjang Persiaran Bandaraya yang menampilkan pelbagai produk, makanan serta jualan usahawan tempatan, sekali gus menambah kemeriahan dan mewujudkan suasana sambutan yang lebih santai serta mesra komuniti.

Pengisian berkenaan turut membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk masing-masing, selain menggalakkan sokongan masyarakat terhadap perniagaan setempat.

Penganjuran Merdeka Fun Ride 2026 menjadi wadah terbaik untuk warga kota berkumpul, berinteraksi dan mengeratkan hubungan silaturahim sambil bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme serta rasa cinta terhadap negara.

Program ini bukan sahaja menawarkan aktiviti rekreasi yang sihat dan menyeronokkan, malah menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Bandar Raya Ipoh.

Pada masa sama, penganjuran program berteraskan gaya hidup sihat dan penglibatan komuniti seperti ini selaras dengan usaha MBI untuk membentuk sebuah bandar raya yang aktif, sejahtera dan mesra komuniti, di samping menyemarakkan semangat Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 dalam kalangan warga kota.

788487092 1464331445719371 1086857561458308241 N
788571955 1464331572386025 8899517777766351363 N
788675420 1464331402386042 4368397811202579762 N
788747477 1464331495719366 1602924296177251564 N
788777966 1464331439052705 5260687442591220404 N
788898965 1464331595719356 1194391145955514996 N
789527077 1464331565719359 2463479936102462335 N
789571771 1464331355719380 8388832824315766748 N
789740754 1464331539052695 1206849524278968722 N
790262945 1464331342386048 9035532074358974897 N
790341057 1464331389052710 6936714816310912959 N
790509766 1464331525719363 3510098313778206964 N
790614971 1464331489052700 4666007620122836330 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7083122