Aktiviti & Berita

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 30 Mac 2026 – Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi tempoh 16 Mac 2026 hingga 15 Mac 2028 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Dewan Mesyuarat, Majlis Bandaraya Ipoh.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan, bersama Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Turut hadir ialah Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh.

Dalam ucapannya, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching menegaskan bahawa pelantikan Ahli-Ahli Majlis bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi merupakan amanah besar yang menuntut tahap tanggungjawab, disiplin dan komitmen yang tinggi. Menurut beliau, setiap keputusan dan tindakan di peringkat pihak berkuasa tempatan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.

Beliau turut menekankan bahawa Ahli Majlis perlu memainkan peranan sebagai penghubung berkesan antara kerajaan dan masyarakat dengan turun padang, memahami isu setempat serta memastikan setiap aduan rakyat ditangani secara proaktif, berkesan dan berterusan. “Rakyat menilai kerajaan melalui penyelesaian yang mereka rasai, bukan sekadar perancangan atau laporan,” ujar beliau.

Sebagai pihak berkuasa tempatan terbesar dan satu-satunya bandar raya di Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh memikul peranan penting sebagai peneraju dalam tadbir urus bandar dan penyampaian perkhidmatan. Sehubungan itu, YB Sandrea menegaskan bahawa MBI perlu terus memperkukuh kecekapan pentadbiran, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menjadi penanda aras kepada pihak berkuasa tempatan lain di negeri ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa ekspektasi rakyat terhadap perkhidmatan bandar adalah tinggi dan meliputi aspek kehidupan harian seperti kebersihan, penyelenggaraan infrastruktur, pencahayaan awam serta pengurusan sisa pepejal. Justeru, setiap aduan perlu disusuli dengan tindakan penyelesaian yang nyata, pemantauan berterusan serta maklum balas yang jelas kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara Ahli Majlis dan pentadbiran majlis bagi memastikan setiap dasar dan tindakan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan tanpa wujudnya budaya kerja silo.

Selaras dengan visi “Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan dan Bestari Sejahtera” serta aspirasi Perak Sejahtera 2030, Majlis Bandaraya Ipoh diharap terus memperkasa peranan sebagai pemacu pembangunan bandar raya yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

Majlis dimulakan dengan upacara angkat sumpah oleh Datuk Bandar Ipoh, diikuti dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Ahli-Ahli Majlis dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik permulaan tanggungjawab baharu.

YB Puan Sandrea Ng Shy Ching turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan berharap agar amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, keikhlasan dan semangat kerja berpasukan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Bandar Raya Ipoh.

657498937 1332610085558175 3260922858781574670 N
657509981 1332610045558179 3040820061516601982 N
657544482 1332970592188791 4112331028158848047 N
657785331 1332610182224832 5774854919005030628 N
657818782 1332610218891495 3990831421718113188 N
658166804 1332610115558172 8841860518753968494 N
658217744 1332610092224841 340174618839998952 N
658334247 1332970602188790 5314742127821943669 N
658401779 1332610125558171 4718449019786725291 N
658906756 1332610262224824 213997167757518245 N
659216839 1332610055558178 5897571236012941413 N
659412462 1332610212224829 7199522073631395885 N
659832588 1332610152224835 1628718251231542921 N
660169979 1332610145558169 8101490140591425423 N
661473682 1332610255558158 5339896737559328249 N
662027229 1332610188891498 5442458043826774338 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6808051