Aktiviti & Berita

MAJLIS DOA SELAMAT DAN PELANCARAN PEMBINAAN KOMPLEKS PENTADBIRAN BAHARU MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Ipoh, 18 September 2025 | 25 Rabiulawal 1447H – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini telah menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Pembinaan Kompleks Pentadbiran Baharu MAIPk bertempat di tapak projek baharu tersebut.

Majlis penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak, disusuli dengan bacaan doa selamat bagi memohon kelancaran, keselamatan dan kejayaan projek penting ini.

Kompleks pentadbiran baharu ini bakal menjadi mercu tanda moden bagi pentadbiran MAIPk, yang direka bentuk untuk menyediakan perkhidmatan lebih efisien, selesa dan mesra pelanggan kepada semua lapisan masyarakat serta pemegang taruh.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Yang Dipertua MAIPk; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.

Dengan terlaksananya projek besar ini, MAIPk menjangkakan nilai tambah yang signifikan bukan sahaja kepada sistem penyampaian perkhidmatannya, malah ia juga diyakini akan menjadi pemangkin pembangunan ummah secara menyeluruh dan holistik.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, persembahan bacaan ayat suci Al-Quran serta simbolik pelancaran pembinaan kompleks yang menandakan permulaan rasmi projek berimpak tinggi ini.

547536577 1176850841134101 821044549040379206 N
548607997 1176850774467441 1058360831948152967 N
549028676 1176850661134119 7742278974900582752 N
549523763 1176850637800788 6179853522725626876 N
549526869 1176850821134103 928006301253429962 N
549571226 1176850691134116 3990965851514651551 N
550029024 1176850621134123 4521419363934730262 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017306