Aktiviti & Berita

MAJLIS JALINAN MESRA MADANI TAMAN PERPADUAN KOPERASI TAMBUN BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Ipoh, 4 April 2026 – Majlis Jalinan Mesra MADANI bersama YAB Perdana Menteri telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Ar-Rashid, Taman Perpaduan Koperasi, Tambun, pada tengah hari ini.

Program ini berjaya menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana penuh muhibah, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk setempat. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh hubungan erat antara kepimpinan negara dan rakyat di peringkat akar umbi.

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama barisan kepimpinan tempatan serta wakil-wakil komuniti.

Penganjuran majlis ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh nilai kebersamaan, keharmonian dan semangat Malaysia MADANI, selaras dengan aspirasi pembangunan negara yang inklusif dan sejahtera.

660284698 1336669938485523 8846317322167239644 N
661103567 1336669905152193 6808713046921639034 N
662049372 1336669945152189 2669624236781216711 N
662491010 1336669898485527 1814886565553848238 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6808063