Ipoh, 1 April 2026 – Majlis Jamuan Hari Raya Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (PERMAI) telah berlangsung dengan meriah pada pagi ini bertempat di Dewan Dato’ Azumu Tak, Kampung Kepayang, Ipoh.
Majlis ini menghimpunkan para pesara serta warga kerja MBI dalam suasana penuh kemesraan dan semangat Aidilfitri.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta YBhg. Dato’ Abdul Rahim bin Md Ariff, Presiden Persatuan Pesara MBI (PERMAI).
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja dan pesara MBI di samping menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.
Pelbagai juadah tradisional Hari Raya disediakan bagi memeriahkan lagi majlis, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan pesara MBI.
Majlis ini diharap dapat terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.