Aktiviti & Berita

MAJLIS KONVOKESYEN & HARI KELUARGA TASKA MBI–PADUAN PERKUKUH KOMITMEN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Ipoh 31 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga kerjanya menerusi penganjuran Majlis Konvokesyen dan Hari Keluarga Taska MBI–PADUAN, yang berlangsung meriah di Ballroom 1, Pusat Konvensyen Ipoh hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Presiden Persatuan Pegawai Kanan (PADUAN) MBI, barisan Ketua Jabatan MBI serta Ahli Jawatankuasa PADUAN.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakshari bin Hanipah, yang menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas penting dalam membentuk generasi masa depan yang berdaya saing, berakhlak dan berkeyakinan.

Menurut beliau, penubuhan Taska MBI–PADUAN adalah sejajar dengan aspirasi MBI untuk mewujudkan persekitaran kerja yang mesra keluarga, di samping menyokong keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan warga kerja.

“Kanak-kanak adalah aset paling berharga kepada masa depan negara dan bandar raya Ipoh. Pendidikan awal yang berkualiti akan menjadi tunjang kepada pembentukan sahsiah dan potensi anak-anak bagi menghadapi cabaran masa hadapan,” ujar beliau dalam ucapan perasmian.

Untuk rekod, Taska MBI–PADUAN telah ditubuhkan oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Bandaraya Ipoh (PADUAN) pada tahun 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2007. Setelah hampir 19 tahun beroperasi, taska ini kini menempatkan 68 orang kanak-kanak yang dibimbing oleh 15 orang guru dan pengasuh.

Pada majlis hari ini, seramai 29 orang kanak-kanak telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen kali ke-17, sekali gus mencerminkan kejayaan berterusan Taska MBI–PADUAN dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Datuk Bandar Ipoh turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pendidik dan pengasuh atas dedikasi serta kesabaran mereka, selain mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, penjaga dan PADUAN MBI atas sokongan padu yang diberikan.

Penganjuran Majlis Hari Keluarga yang berlangsung serentak turut mencerminkan semangat kekeluargaan, kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga MBI.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa hadapan demi kesejahteraan warga kerja serta pembangunan modal insan bandar raya Ipoh.

623375738 1284880140331170 7132586092934861179 N
624251456 1284879923664525 8649979199312723003 N
624736624 1284880076997843 3817124066178185268 N
624998733 1284880033664514 5639247696176321220 N
625197135 1284880010331183 7185434299683440229 N
625977554 1284879960331188 2305013844815415273 N
626446663 1284879893664528 326638550883688183 N
626561194 1284879896997861 2999071553853583877 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811781