Aktiviti & Berita

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA MESYUARAT SURUHANJAYA-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA TAHUN 2026

Ipoh, 13 Julai 2026 – Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2026 di Dewan Convention Centre 3 (CCC3), Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, malam ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, dan diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak, wakil-wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta tetamu kehormat dari seluruh negara.

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, sebagai tanda sokongan Majlis Bandaraya Ipoh terhadap usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan institusi perkhidmatan awam.

Pada majlis berkenaan, YAB Menteri Besar Perak turut menyampaikan ucapan serta menyempurnakan pelancaran Jadual Pelupusan Rekod dan e-Book Klasifikasi Fail Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

Pelancaran kedua-dua inisiatif tersebut merupakan langkah penting dalam memperkemas tadbir urus rekod dan pengurusan fail agar dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap, telus serta selaras dengan perkembangan pendigitalan perkhidmatan awam.

Inisiatif berkenaan juga diyakini dapat memastikan proses penyimpanan, pengelasan, pemeliharaan dan pelupusan rekod dilaksanakan secara teratur berdasarkan peraturan, garis panduan dan tatacara yang telah ditetapkan.

Penganjuran majlis makan malam ini turut menyediakan ruang kepada para delegasi dan pegawai daripada Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengeratkan hubungan silaturahim, bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan kecekapan tadbir urus dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen semua pihak dalam memperkasakan perkhidmatan awam yang profesional, berintegriti dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

744820559 1421540669998449 1169633072964905479 N
745282927 1421540663331783 610949729951683763 N
745314082 1421540599998456 5837394250680898457 N
745412116 1421540639998452 8751603004069337835 N
745661600 1421540693331780 1095121532748399557 N
745862630 1421540716665111 374384077926907139 N
746463856 1421540656665117 5377044329322131944 N
747154779 1421540546665128 1542833242262612566 N
747604802 1421540526665130 1694324969984059019 N
747753138 1421540579998458 578438006559324416 N
747753202 1421540606665122 6449421312935215511 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6906883