Aktiviti & Berita

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN LANJUTAN ANTARA MAJLIS BANDARAYA IPOH & RAKAN STRATEGIK SERTA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO PENDEK EKONOMI KITARAN SEKOLAH-SEKOLAH KINTA UTARA PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH 2025

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN LANJUTAN ANTARA MAJLIS BANDARAYA IPOH & RAKAN STRATEGIK SERTA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO PENDEK EKONOMI KITARAN SEKOLAH-SEKOLAH KINTA UTARA PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH 2025
Ipoh, 19 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Lanjutan bersama rakan-rakan strategik, serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Video Pendek Ekonomi Kitaran Antara Sekolah-Sekolah Kinta Utara, bertempat di ICC Ipoh.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Penandatanganan MoU lanjutan ini merupakan kesinambungan kepada kerjasama yang dimeterai pada tahun 2023 bersama lima syarikat rakan strategik yang aktif dalam bidang kitar semula. Langkah ini menzahirkan komitmen MBI dalam memperkukuh ekonomi kitaran di Bandaraya Ipoh bagi tempoh dua tahun akan datang.

Sebagaimana yang digariskan dalam Program Flagship 15 di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, Ipoh disasarkan untuk menjadi sebuah Bandar Ekonomi Donat menjelang 2027. Model ini menekankan keseimbangan antara keperluan manusia, kelestarian alam sekitar dan penggunaan sumber yang mampan – seiring dengan kerangka ekonomi kitaran.

Inisiatif Ekonomi Kitaran MBI

MBI terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif ekonomi kitaran seperti pembangunan brownfield, waste to wealth, trash for cash dan pelancongan ekologi (eco-tourism), selari dengan aspirasi menjadi Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan dan Bestari Sejahtera menjelang 2030.

Antara kejayaan pelaksanaan inisiatif ekonomi kitaran termasuklah:

1. Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste)
Dilaksanakan sejak 2021 dengan kerjasama pelbagai pihak, berjaya mengumpul 355 tan metrik e-waste dan mengurangkan 308.58 tan metrik CO₂ melalui 444 program.

2. Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Bermula di Medan Selera Dato’ Sagor pada Julai 2023, kini melibatkan lebih 11,559 premis. Sebanyak 729 tan metrik dikumpul dengan nilai pulangan hampir RM1.9 juta.

3. Projek CAREton (Kitar Semula Kotak Minuman)
Kerjasama dengan JPN, PPD dan AEON Station 18. Sejumlah 394 kg kotak minuman berjaya dikitar semula

4. Kutipan Tayar Terpakai
Melibatkan semua bengkel tayar sekitar Ipoh, mengutip 8,008 tan metrik tayar terpakai dan mengurangkan 4,805.12 tan metrik CO₂ equivalent.

Secara keseluruhan, sebanyak 12,059 aktiviti telah dijalankan, dengan kutipan 9,092 tan metrik sisa dan pengurangan 5,121.22 tan metrik CO₂ equivalent.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ekonomi kitaran MBI, orang awam boleh melayari portal rasmi MBI di:
🔗 https://www.mbi.gov.my/sumber/ekonomi-kitaran

Pertandingan Video Pendek Ekonomi Kitaran

Pertandingan ini dianjurkan bagi menyemai kesedaran serta memahami kepentingan ekonomi kitaran dalam kalangan pelajar sekolah. Pertandingan berdurasi 1 minit ini berlangsung dari 1 Mac hingga 15 April 2025, melibatkan 33 buah sekolah dari Daerah Kinta Utara.

Tiga kategori dipertandingkan:

Kategori 1: Sekolah Rendah

Kategori 2: Sekolah Menengah

Kategori 3: Tontonan YouTube Tertinggi

Hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan disediakan sebagai galakan kepada usaha serta kreativiti pelajar dalam menyampaikan mesej pemulihan sumber dan pencegahan sisa.

Datuk Bandar Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru besar dan pengetua sekolah di Daerah Kinta Utarak, rakan strategik seperti Biovisma Sdn. Bhd., Edsha Solutions Sdn. Bhd., Thowlee Recycle Sdn. Bhd dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd, Life Line Clothing Malaysia Sdn. Bhd atas kerjasama mempromosikan aktiviti kitar semula tekstil menerusi 31 stesen minyak Shell dan Petron di Ipoh.

Semoga segala usaha ini akan menjadi pencetus kepada pencapaian visi Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera, dan seterusnya mendukung aspirasi Perak Sejahtera 2030.

507426760 1105464641606055 1793707509474205510 N
508107313 1105465048272681 365890658426627325 N
508410265 1105464731606046 3691167973704133095 N
508473025 1105464958272690 2429291835363864612 N
508474987 1105465058272680 8504700112678361639 N
508515558 1105464644939388 3054937597786113381 N
508626674 1105464941606025 6047617476593567921 N
509078986 1105464611606058 77966209392124114 N
509161341 1105464574939395 2015846754996710730 N
509438923 1105464711606048 1208758805804211033 N
509439227 1105464704939382 6131618410096437279 N
509440282 1105464648272721 8270006505098043106 N
509441113 1105465088272677 4760331479822574381 N
509442308 1105464674939385 9041158162196459878 N
509631055 1105464531606066 3392812216417553127 N
509656166 1105465128272673 7046001028749671692 N
509714080 1105464514939401 6718997312464625684 N
509925074 1105464578272728 1645264602372377949 N
510197286 1105464914939361 3116092156999683380 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019834