Ipoh, 18 September 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada para kontraktor berjaya pada tengah hari tadi.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada 32 syarikat yang terpilih melalui proses perolehan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu 6 syarikat bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan dan 26 lagi syarikat bagi perolehan kerja, di samping menekankan kepentingan pelaksanaan projek dengan cekap, menepati jadual, dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Dalam ucapannya, Datuk Bandar Ipoh turut menasihatkan agar kontraktor tidak menyerahkan kerja kepada pihak ketiga (subkontraktor), sebaliknya melaksanakan projek secara langsung demi memastikan kualiti serta keberkesanan pelaksanaan kerja.
Selain itu, beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan para kontraktor berjaya bagi mengeratkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara pihak MBI dan kontraktor.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan MBI.