Aktiviti & Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) KEPADA KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL OLEH DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 11 Jun 2025 – Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada 17 peserta yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal pada petang tadi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para penerima SST. Program ini bertujuan menghargai para kontraktor dan pembekal yang berjaya dalam proses perolehan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di samping memberi peringatan agar kerja-kerja yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cekap, mengikut jadual, dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Datuk Bandar turut menasihatkan agar kontraktor dan pembekal yang berjaya tidak menyerahkan kerja kepada pihak ketiga (subkontraktor), sebaliknya melaksanakan kerja secara langsung bagi menjamin kualiti dan keberkesanan pelaksanaan projek.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-Ketua Jabatan MBI.

506008347 1099735798845606 7766911557670963812 N
506022571 1099735765512276 4108275246082154963 N
506083789 1099735772178942 6592014640902584934 N
506127289 1099735812178938 2030708809122779524 N
506135992 1099735842178935 3604113220500960005 N
506206393 1099735638845622 781132362684454145 N
506355813 1099735628845623 3205704583691669714 N
506395555 1099735705512282 5751848293240293914 N
506397123 1099735662178953 437046218155888942 N
506558769 1099735848845601 7033052744671944877 N
506558769 1099735848845601 7033052744671944877 N 1
506596826 1099735715512281 2706196456864352642 N
506604471 1099735668845619 6496211666789714903 N

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020026