Aktiviti & Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) KEPADA KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL OLEH DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 23 Jun 2025 – Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada 27 bagi perolehan secara Undi dan 32 secara perolehan sebutharga bagi peserta yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal pada tengah hari tadi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para penerima SST. Program ini bertujuan menghargai para kontraktor dan pembekal yang berjaya dalam proses perolehan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di samping memberi peringatan agar kerja-kerja yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cekap, mengikut jadual, dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Datuk Bandar turut menasihatkan agar kontraktor dan pembekal yang berjaya tidak menyerahkan kerja kepada pihak ketiga (subkontraktor), sebaliknya melaksanakan kerja secara langsung bagi menjamin kualiti dan keberkesanan pelaksanaan projek.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan MBI.

509601802 1108885411263978 3450990254557224154 N
510467878 1108885134597339 3063762276219898808 N
510592684 1108885237930662 9157152159000103639 N
512670070 1108885311263988 8978118769518637232 N
512732981 1108885184597334 1398012278243906514 N
509602589 1108885347930651 5680405353185343939 N
510557680 1108885424597310 5248045671767973228 N
510592691 1108885137930672 2104129668143366832 N
510973155 1108885244597328 7651254850629381439 N
511172150 1108885341263985 7608688947193547177 N
512750229 1108885297930656 3463549370949684444 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019386