Ipoh, 5 April 2026 (Ahad) – Majlis Perasmian Naiktaraf Medan Selera Greentown Utama telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama-sama barisan kepimpinan tempatan, wakil agensi kerajaan serta masyarakat setempat.
Naiktaraf Medan Selera Greentown Utama ini melibatkan kerja-kerja mengecat semula dinding dan bumbung, penggantian sebahagian meja dan kerusi yang rosak, pemasangan kipas industri (heli fan) dan naiktaraf pencahayaan.
Projek naiktaraf ini merupakan inisiatif penting dalam usaha memperkasakan kemudahan awam serta meningkat kan keselesaan peniaga dan pengunjung.
Projek naiktaraf ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur bandar serta menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.
Kerajaan berharap kemudahan yang dinaiktaraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat serta menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan Greentown dan sekitarnya.