Lenggong, 4 April 2026 – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Perak telah berlangsung dengan penuh meriah di TVET MARA, Lenggong pada pagi ini.
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin teleh meraikan jemputan yang hadir ke majlis tersebut.
Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan negeri Perak serta penduduk setempat yang hadir bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, yang bersama-sama menyantuni para tetamu dan memeriahkan lagi suasana majlis.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan, mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian serta ukhwah yang erat dalam kalangan masyarakat berbilang lapisan.