Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2025M PERINGKAT MBI

Ipoh, 12 September 2025– Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025M Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) anjuran Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI telah diadakan pagi tadi di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI.

Majlis yang bertujuan menyemarakkan syiar Islam serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga MBI ini telah dihadiri oleh YBhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, YBhg. Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak selaku penceramah jemputan, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan MBI

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti selawat beramai-ramai, persembahan nasyid serta ceramah Maulidur Rasul oleh YBhg. Dato' Haji Zamri bin Hashim bertajuk “Rasulullah SAW Sebagai Uswatun Hasanah”.

MBI melalui Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam akan terus memperkasakan pelbagai program keagamaan dalam usaha memartabatkan syiar Islam.

Semoga Sambutan Maulidur Rasul 1447H ini dapat memperkukuh keimanan, memperingati jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW serta membawa keberkatan kepada warga MBI dan seluruh Bandaraya Ipoh.

546605589 1171936728292179 3024254810501024316 N
546614004 1171936591625526 2309831866031611467 N
546873564 1171936698292182 5606307495763896836 N
547042368 1171936601625525 3301503543964711413 N
547945812 1171936784958840 8807826641429968335 N
547951445 1171936644958854 5624519444245750344 N
548016302 1171936651625520 4291503637693730830 N
548095316 1171936738292178 9002554071779882206 N
548214696 1171936684958850 7662669416078155486 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017372