Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2026

Ipoh, 14 Februari 2026 – Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Negeri Perak Darul Ridzuan 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Indera Mulia, Ipoh, petang tadi.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.

Dalam majlis tersebut, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak daripada rumah kebajikan sekitar Negeri Perak.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya pertunjukan tarian naga, persembahan gendang, serta persembahan kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian warisan masyarakat.

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Negeri Perak.

632836740 1296831292469388 8028842899228879183 N
633661399 1296831122469405 2374056959909501941 N
633759407 1296831175802733 4558704822133926134 N
634807604 1296831302469387 4979411957544945485 N
635094801 1296831329136051 816468774511638917 N
635137297 1296831182469399 6917826782416492123 N
635163377 1296831232469394 7806615153351142647 N
635912002 1296831132469404 1369651799116690376 N
636977892 1296831239136060 1003319027371487975 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811365