Aktiviti & Berita

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH TUAN SETIAUSAHA BANDARAYA

Ipoh, 13 April 2026 – Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Berucap sempena Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih Tuan Setiausaha Bandaraya yang berlangsung tengah hari tadi, beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai simbol penghormatan dan penghargaan warga kerja MBI terhadap seorang pemimpin pentadbiran yang berwibawa, berdedikasi serta penuh amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Menurut beliau, sepanjang tempoh perkhidmatan di MBI, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak telah memperlihatkan komitmen yang tinggi, ketelitian dalam pengurusan serta kebijaksanaan dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak akan bertukar ke Daerah Mualim bagi menggalas amanah baharu sebagai Pegawai Daerah Mualim. Pertukaran ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kewibawaan, pengalaman dan kepimpinan beliau dalam perkhidmatan awam.

Tambah beliau, majlis berkenaan bukan sahaja mencerminkan hubungan erat yang terjalin dalam organisasi atas dasar urusan kerja, malah turut diperkukuhkan dengan nilai hormat-menghormati, ukhuwah dan penghargaan yang mendalam.

Sehubungan itu, beliau mewakili seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh mendoakan agar Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kebahagiaan bersama keluarga serta terus mencapai kecemerlangan dalam menjalankan amanah di tempat baharu.

Datuk Bandar Ipoh turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut dan berharap agar penganjuran majlis itu menjadi kenangan manis serta manifestasi penghormatan kepada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada organisasi.

669408797 1343590977793419 763155773459452930 N
669594747 1343590951126755 2868945270260708567 N
669623540 1343590997793417 5475880935186332476 N
669830690 1343590901126760 1109734446602197082 N
670179785 1343590957793421 7232174937907269616 N
670515785 1343590911126759 1665027314753329193 N
671389668 1343590984460085 2736933177370283568 N
671575786 1343590931126757 4530719569702679756 N
672084583 1343590937793423 4835652982840708673 N
672385443 1343591004460083 4957757051783030605 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807833