Aktiviti & Berita

MALAM EVOLUSI MUZIK ANGKAT WARISAN DAN PERKEMBANGAN MUZIK MALAYSIA

Ipoh, 25 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak telah menganjurkan Program Malam Evolusi Muzik: Citra Malaysia Colours of Malaysia, sebuah persembahan istimewa yang mengetengahkan perjalanan serta perkembangan muzik Malaysia merentasi pelbagai era.

Program ini turut diadakan bagi menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, di samping memperkukuh kedudukan Ipoh sebagai bandar raya yang kaya dengan nilai sejarah, kebudayaan dan pelancongan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bandaran pada malam ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh dan isteri, YBhg. Puan Kartini binti Ibrahim.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, barisan Ahli Majlis, Encik Hisham bin Mat Husien, Pengarah JKKN Perak, Puan Nur Hanim binti Dato’ Mohamed Khairuddin, Pengurus Besar PORT, serta Ketua-ketua Jabatan MBI.

Malam Evolusi Muzik membawakan satu pengalaman seni yang unik dan memukau melalui persembahan evolusi muzik tempatan, bermula dari era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an sehinggalah kepada aliran muzik masa kini.

Persembahan ini menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam satu pementasan yang penuh warna-warni, nostalgia serta kreativiti, sekali gus memberi peluang kepada penonton untuk menghayati keindahan seni budaya tempatan yang merentasi zaman.

Antara pengisian menarik yang dipersembahkan termasuklah gabungan mantap Kombo Muzik Kumpulan Gema Warisan Budaya Majlis Bandaraya Ipoh bersama Kombo Muzik JKKN Perak, selain persembahan tarian oleh Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI dan kumpulan tarian JKKN Perak.

Variasi genre muzik yang diketengahkan bukan sahaja mengimbau kenangan terhadap perkembangan muzik tanah air, malah turut menyerlahkan kepelbagaian identiti budaya Malaysia yang terus berkembang seiring peredaran masa.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh dalam memperkasa seni, budaya dan warisan tempatan, di samping menyokong usaha mempromosikan Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang dinamik, bersejarah serta berpotensi sebagai destinasi utama pelancongan budaya negara.

Program sebegini juga selaras dengan usaha memperkukuh apresiasi masyarakat terhadap khazanah seni negara, selain memupuk minat generasi muda untuk menghargai dan meneruskan kesinambungan warisan budaya Malaysia.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya JKKN Perak, para penggiat seni, petugas produksi serta seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen padu.

Penganjuran Malam Evolusi Muzik diharap akan terus menjadi platform penting dalam menyemarakkan seni budaya tempatan, memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara agensi, serta mengangkat peranan Ipoh sebagai antara destinasi utama acara kebudayaan dan pelancongan negara.

678463058 1353979843421199 1959697410464776131 N
678766703 1353979913421192 6863986017479447845 N
679427416 1353979910087859 8607737018145635355 N
679500695 1353979860087864 5757136319402053121 N
680021877 1353979946754522 6543554729588239038 N
680384725 1353980070087843 3339299497869059567 N
680384725 1353980133421170 996010210269499597 N
680654317 1353980003421183 6911777161144751765 N
681129173 1353979940087856 5432451163079382838 N
681368143 1353979993421184 8930045209217333053 N
682419483 1353980083421175 8342922813158753828 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807431