Aktiviti & Berita

MBI ANJUR PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA 2025

Ipoh, 5 Ogos 2025 – Seramai 200 peserta telah menyertai Program Pendidikan dan Pemerkasaan Komuniti Strata Tahun 2025 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berlangsung di Dewan Taman Cempaka, Ipoh hari ini.

Program sehari ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBI, yang hadir mewakili Datuk Bandar Ipoh, Tuan Zamakhshari bin Hanipah.

Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis MBI, serta ketua-ketua jabatan dan unit di bawah pentadbiran MBI.

Inisiatif oleh Cawangan Pesuruhjaya Bangunan MBI ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pihak pengurusan serta komuniti berstrata mengenai pelaksanaan sistem e-Invois di Skim Bangunan Berstrata. Selain itu, ia turut merangkumi panduan berkenaan pengendalian dokumen yang melibatkan pemilikan, perolehan, dan aspek integriti dalam pengurusan.

Peserta program terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Perbadanan Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB), pemaju, serta agen pengurusan harta, termasuk penyertaan daripada wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Perak serta beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Tiga sesi taklimat utama telah diadakan sepanjang program, iaitu:

1. Pengurusan Pelaksanaan e-Invois di Skim Bangunan Berstrata;

2. Pengenalan dan Walkthrough Portal MyInvois;

3. Pengendalian Dokumen Sebelum dan Selepas Mesyuarat AGM/EGM.

Melalui penganjuran program ini, MBI berharap dapat memperkasakan komuniti strata dengan ilmu dan kefahaman yang lebih jelas terhadap peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam pengurusan kediaman secara kolektif. Ini secara tidak langsung akan membantu mewujudkan persekitaran hidup yang lebih harmoni, selamat, dan berintegriti, di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara komuniti strata dan pihak MBI.

526600831 1141875567964962 878589915952690492 N
527713623 1141875647964954 7303632046320920232 N
527745184 1141875771298275 2157291152448721472 N
527759028 1141875391298313 3679257436778066822 N
527806965 1141875397964979 516474463792977703 N
527817816 1141875531298299 6607465924610122235 N
527821267 1141875574631628 7159855686660690784 N
527944499 1141875431298309 9142282640131178541 N
528087296 1141875741298278 2719357088753241335 N
528379618 1141875484631637 3670749492494751547 N
528543700 1141875754631610 1453072731753011071 N
528581929 1141875487964970 1469660107779926553 N
528635994 1141875711298281 889830944749660872 N
528679201 1141875524631633 2357435186411565599 N
528970514 1141875441298308 3549001935939231709 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017901