Aktiviti & Berita

MBI BERJAYA TERIMA GERAN RM1.7 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR BERTEKNOLOGI 5G & AI

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya memperoleh geran pembiayaan berjumlah RM1.7 juta daripada Kementerian Digital bagi melaksanakan projek bandar pintar berasaskan teknologi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI). Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan warga bandar raya dan memperkukuh agenda Ipoh Smart City.

Projek berimpak tinggi ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Digital Perak sebagai rakan strategik, bagi memastikan potensi teknologi 5G dan AI dapat dioptimumkan sepenuhnya, sekaligus merealisasikan aspirasi menjadikan Ipoh sebagai antara bandar pintar contoh di Malaysia.

Geran tersebut telah disampaikan kepada YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, dalam 5G Enterprise & AI Cities Grant 2025 Award Ceremony bersempena ASEAN AI Malaysia Summit 2025 yang berlangsung di Novel Room, Level 1A, Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Majlis berprestij ini diadakan bagi meraikan kemajuan Malaysia dalam memacu inovasi teknologi 5G dan AI di pelbagai sektor industri, seiring aspirasi negara menjadi peneraju bandar pintar serantau.

Acara dimulakan dengan ucapan khas oleh David Hägerbro, Presiden & CEO Ericsson Malaysia, Sri Lanka & Bangladesh, diikuti ucapan alu-aluan oleh Datuk Azman Ismail, CEO Digital Nasional Berhad. Ucapan rasmi turut disampaikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia.

531034392 1148220797330439 8634908165392610740 N
531160892 1148220927330426 4341372908396106477 N
531304064 1148220860663766 3409012875332298087 N
531787368 1148220880663764 2290288276379080859 N
531831144 1148220667330452 3489572622733455159 N
531831144 1148220667330452 3489572622733455159 N 1
531836443 1148220680663784 4407404994854886427 N
532016618 1148220950663757 809570825879504807 N
532247098 1148220800663772 229790933098698888 N
532355601 1148220747330444 5461981185930605708 N
532394528 1148220993997086 4925361062307447671 N
533225182 1148220730663779 902063137702055899 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017644