Aktiviti & Berita

MBI PAMER PRESTASI MEMBANGGAKAN DALAM ACARA SNUKER KARNIVAL SUKAN MALA FASA 3 2026

Pulau Pinang, 8 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempamerkan prestasi membanggakan apabila berjaya meraih tempat keempat dalam acara snuker sempena Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Fasa 3 2026.

Acara snuker yang julung kali dipertandingkan dalam karnival berkenaan menyaksikan penyertaan sebanyak 32 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh negara.

Dalam perebutan tempat ketiga, MBI terpaksa akur selepas tewas 0-3 kepada pasukan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam perlawanan yang berlangsung di Corner Pocket Snooker, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Majlis Bandaraya Diraja Klang muncul johan, manakala Majlis Bandaraya Seberang Perai meraih gelaran naib johan. Tempat ketiga menjadi milik Majlis Bandaraya Seremban, manakala MBI menamatkan saingan di tempat keempat.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB H’ng Mooi Lye, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang.

MBI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh kontinjen snuker MBI yang telah bertungkus-lumus serta mempamerkan semangat juang dan prestasi terbaik sepanjang kejohanan, sekali gus mengharumkan nama MBI di pentas Karnival Sukan MALA Fasa 3 2026.

Karnival Sukan MALA Fasa 3 2026 berlangsung selama empat hari bermula 5 Ogos 2026 dengan mempertandingkan tiga acara sukan, iaitu tenpin boling, snuker dan e-Sukan.

768909860 1445699394249243 9113202013322645639 N
768976253 1445699264249256 7632213486255321726 N
768987651 1445699200915929 2264549333504765939 N
768988386 1445699324249250 3118398629300178648 N
768988388 1445699404249242 339096551409825150 N
768990792 1445699317582584 5060265237573612018 N
769008190 1445699364249246 4370968419676579388 N
769168393 1445699187582597 5908742238057783528 N
769168826 1445699370915912 1552273704684808099 N
769222288 1445699274249255 5010207030295785920 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7016100