Aktiviti & Berita

MBI RAIH DUA PENGIKTIRAFAN BERPRESTIJ SEMPENA MAJLIS ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025 DI BAWAH PENARAFAN LOW CARBON CITIES FRAMEWORK (LCCF)

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • MBI RAIH DUA PENGIKTIRAFAN BERPRESTIJ SEMPENA MAJLIS ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025 DI BAWAH PENARAFAN LOW CARBON CITIES FRAMEWORK (LCCF)
Kuala Lumpur, 12 Februari 2026-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan berprestij dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 di bawah penarafan Low Carbon Cities Framework (LCCF).

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Anugerah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Low Carbon Cities Framework (LCCF) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta dilaksanakan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Pengiktirafan yang diterima MBI adalah seperti berikut:

1.LCCF – 5 Diamond Award bagi Kawasan Perancangan Pusat (KPP) Ipoh;

2.LCCF – 3 Diamond Award bagi Bangunan UTC Perak;

Pencapaian 5 Diamond bagi KPP Ipoh merupakan tahap tertinggi dalam sistem penarafan LCCF dan mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam melaksanakan inisiatif pembangunan rendah karbon secara menyeluruh.

Usaha ini merangkumi pengurusan tenaga yang lebih cekap, pengurangan pelepasan karbon, pengurusan sisa mampan serta pelaksanaan elemen mobiliti hijau di kawasan pusat bandar.

Sementara itu, pengiktirafan 3 Diamond bagi Bangunan UTC Perak membuktikan keberkesanan pelaksanaan amalan hijau di peringkat bangunan, termasuk penjimatan tenaga elektrik, pengurusan operasi yang efisien serta peningkatan kesedaran amalan rendah karbon dalam kalangan warga kerja dan pengguna fasiliti.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan imej Ipoh sebagai bandar raya progresif dan mampan, malah memperkukuhkan komitmen kami untuk terus memperkasa pelaksanaan dasar serta inisiatif rendah karbon demi kesejahteraan generasi masa hadapan,” katanya.

MBI akan terus komited memperluas pelaksanaan pelan tindakan bandar rendah karbon sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan negara serta usaha menangani cabaran perubahan iklim global.

629056842 1295014899317694 3597586694980930262 N
631572244 1295014912651026 2598984431916507417 N
631952661 1295014805984370 5636556207706723633 N
632384533 1295014889317695 356757928947414307 N
633103144 1295014855984365 2142734350826832157 N
633308020 1295014829317701 7512168132172834017 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811508