Ipoh, 21 Jun 2025 – Bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh ke-37, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Program Melodi Bandaraya yang berlangsung meriah pada malam ini.
Program yang mengetengahkan genre "Rock Never Die" ini berjaya menarik perhatian orang ramai, khususnya melalui persembahan mantap daripada kumpulan Gema Warisan Budaya. Persembahan mereka bukan sahaja bertenaga, malah berjaya mencipta suasana interaktif apabila para penonton turut sama menyanyi dan menghayati irama yang dipersembahkan.
Penganjuran program seperti ini membuktikan komitmen MBI dalam menyediakan hiburan yang menggabungkan elemen muzik dan perpaduan komuniti, sekaligus menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun bandaraya tercinta ini.
Semoga penganjuran Melodi Bandaraya akan terus menjadi antara acara tahunan yang dinantikan dalam meraikan ulang tahun Bandaraya Ipoh yang ke-37 dan tahun-tahun mendatang.