Ipoh, 24 Jun 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah berlangsung dengan pelbagai pembentangan dan perbincangan yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta pembangunan di peringkat kerajaan tempatan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama Yang Dipertua dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh negeri Perak.
Keberkesanan pentadbiran kerajaan tempatan merupakan aspek penting yang secara langsung mempengaruhi tahap pembangunan perbandaran serta kualiti hidup rakyat. Justeru, usaha penambahbaikan berterusan akan terus digembleng agar perkhidmatan yang disampaikan lebih cekap, berkesan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Mesyuarat ini juga menjadi medan penting bagi menyelaras pelaksanaan dasar, merangka strategi bersama, serta memperkukuh tadbir urus pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi cabaran semasa.