Ipoh, 4 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan dua program menarik yang berlangsung serentak di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Program berkenaan adalah Mini Pesta Kopi Tempatan 3.0 dan Pertandingan Aerobic Challenge.
Kedua-dua program ini dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan MBI dengan sokongan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, komuniti tempatan dan usahawan kraf serta kopi. Selain itu ia merupakan platform bagi mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkenalkan kekayaan cita rasa kopi tempatan kepada masyarakat umum.
Terdahulu program Mini Pesta Kopi Tempatan 3.0, telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi itu telah melibatkan penyertaan sembilan vendor kopi seluruh Perak.
Bersempena program berkenaan juga, turut diadakan aktiviti Kuiz interaktif - yang melibatkan maklumat tentang kopi, dan persembahan nyanyian daripada Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI serta jualan kraftangan oleh para peniaga seni dan kraftangan dari Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh.
Turut hadir memeriah program pada pagi tadi Ahli Majlis,En. Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi dan En Tang Cheng Wei serta Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Komuniti Bandaraya, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan MBI.
Sementara itu disebelah petang pula, telah berlangsungnya program kedua iaitu Pertandingan Aerobic Challenge selama 2 jam 30 minit.
Pertandingan telah bermula dari jam 3.00 petang bertempat di dalam Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta menggalakkan masyarakat Ipoh menyertai aktiviti berbentuk kecerdasan fizikal secara beramai-ramai.
Acara ini dibahagi kepada 3 kategori iaitu:
Kategori A :30 tahun hingga 49 tahun
Kategori B :50 tahun hingga 65 tahun
Kategori C :18 tahun hingga 29 tahun
Hadiah yang disediakan untuk para pemenang untuk setiap kategori Aerobic Challenge 2025 adalah:
Johan : RM600.00
Naib Johan : RM400.00
Tempat Ke-3 : RM300.00
Tempat Ke-4 hingga Tempat Ke-8: RM100.00
Tempat Ke-9 hingga Tempat Ke-12: RM50.00
Para peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang acara.
Seramai lima instruktur dari Kuala Lumpur dan Ipoh telah mengendalikan sesi aerobik yang menampilkan variasi senamrobik dan Zumba.
Sementara barisan juri yang bertauliah dijemput dari Perak dan Kuala Lumpur.