Aktiviti & Berita

OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN FASA 2 (BIL 1/4) TAHUN 2026

Ipoh, 21 April 2026 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Fasa 2 (Bil 1/4) Tahun 2026 pada hari ini melibatkan aduan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (PKD) berkenaan struktur terbengkalai di atas rizab jalan dan kebun tanpa kebenaran yang telah menjadi kacau ganggu kes Denggi dan Chikungunya.

Untuk makluman, pelaksanaan operasi ini adalah selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan, iaitu melalui pengeluaran Notis Roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Disebabkan kes ini adalah kes serius dan mendesak, notis tersebut diberikan tempoh pematuhan selama empat belas (14) hari kepada pihak terlibat.

Operasi ini melibatkan kekuatan anggota seramai kira-kira 80 orang, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Operasi meroboh telah bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira pada jam 11.00 pagi.

672688082 1349768923842291 6760425387922794388 N
673408135 1349769103842273 6467651912786090622 N
673859011 1349768983842285 4785247623684952400 N
673880050 1349769023842281 5974764984891232890 N
674300589 1349768960508954 6471135241295137899 N
674313398 1349768930508957 2898640570917333712 N
675567729 1349768990508951 5176400789839767034 N
677925257 1349769017175615 163572047272508096 N
678369886 1349768953842288 7815893276497132177 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807575