Aktiviti & Berita

OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN FASA 2 TAHUN 2025

Ipoh, 21 Ogos 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Fasa 2 Tahun 2025 pada 19 dan 21 Ogos 2025. Operasi ini melibatkan empat (4) lokasi kawasan perumahan yang dikenal pasti mengadakan halangan di atas rizab jalan.

Bagi memastikan kelancaran tindakan penguatkuasaan, operasi dijalankan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan, iaitu dengan pengeluaran Notis Roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Operasi ini dilaksanakan dengan kekuatan kira-kira 50 anggota melibatkan pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Setiap operasi bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai sekitar jam 11.00 pagi.

Majlis Bandaraya Ipoh akan terus komited melaksanakan tindakan bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan awam serta kelestarian persekitaran bandaraya.

widgetkit id="720"]
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017486