Aktiviti & Berita

OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN FASA 3 TAHUN 2026

Ipoh, 12 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Fasa 3 Tahun 2026 melibatkan tindakan terhadap binaan pagar yang didirikan di atas rizab jalan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Pelaksanaan operasi meroboh adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Sebelum tindakan perobohan dilaksanakan, Notis Roboh telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dengan tempoh selama 30 hari diberikan kepada pihak berkenaan untuk mematuhi arahan yang terkandung dalam notis tersebut.

Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan setelah tempoh pematuhan yang diberikan tamat dan binaan berkenaan masih belum dialihkan sebagaimana diarahkan.

Operasi meroboh bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira pada jam 12.00 tengah hari.

MBI ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan sedemikian dilaksanakan bagi memastikan setiap pembangunan dan binaan di kawasan pentadbiran Majlis mematuhi peruntukan undang-undang serta tidak menghalang, menceroboh atau menjejaskan fungsi rizab jalan dan kemudahan awam.

Sehubungan itu, MBI menyeru semua pemilik premis dan orang awam supaya mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum mendirikan sebarang struktur atau binaan, khususnya yang melibatkan kawasan rizab jalan dan tanah awam.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam usaha memastikan Bandaraya Ipoh kekal selamat, teratur dan sejahtera.

772376163 1448913297261186 4092562478061102080 N
772418644 1448913267261189 7131775271182537882 N
773243762 1448913323927850 4063964041294038052 N
773574711 1448913330594516 5802641654742216397 N
773612931 1448913353927847 5481510379095876387 N
773633639 1448913230594526 5268119486081160276 N
773960250 1448913247261191 860306847789750271 N
774108570 1448913273927855 1229781927697961706 N
774149081 1448913287261187 8551035828423967417 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7016103