Aktiviti & Berita

PASUKAN TENPIN BOLING MBI RANGKUL TEMPAT KETIGA KARNIVAL SUKAN PBT (MALA) FASA 3 2026

Pulau Pinang, 8 Ogos 2026 – Pasukan Tenpin Boling Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan daripada 80 pasukan yang bertanding dalam acara tenpin boling sempena Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Fasa 3 Tahun 2026.

Kejohanan yang berlangsung di Mega Mall Bowling Centre, Perai, Pulau Pinang itu menyaksikan pasukan MBI mencatat keseluruhan 5,573 jatuhan pin, sekali gus membolehkan kontinjen MBI berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik kejohanan.

Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan dalam acara tenpin boling iaitu Single, Double, Trio dan Double VIP.

Lebih membanggakan, MBI turut mencipta kejayaan apabila muncul juara bagi kategori Double.

Dalam pada itu, atlet MBI, Nor Baitul Ayu Atisya binti Mohamad Ayob, turut mengharumkan nama MBI apabila mencatat skor jatuhan pin tertinggi bagi peserta wanita, dengan keseluruhan 1,972 jatuhan pin sepanjang kejohanan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB H’ng Mooi Lye, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh kontinjen tenpin boling MBI atas komitmen, disiplin serta semangat juang tinggi yang ditampilkan sepanjang kejohanan.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama MBI, malah mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan iltizam warga MBI untuk terus mencipta kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga MBI untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

769025050 1445698554249327 1105758935482582240 N
769155951 1445698567582659 5412789746355052205 N
769168428 1445698530915996 510682018591978944 N
769176110 1445698517582664 3618619289937755348 N
769222216 1445698487582667 6260320951605059259 N
769222283 1445698460916003 8043714576576697998 N
769309555 1445698610915988 75341030569891748 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7016103