Aktiviti & Berita

PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH DAN MENURAP SEMULA JALAN DI JALAN RAJA DIHILIR DAN JALAN LAHAT BAGI TAHUN 2026

Ipoh, 10 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa kerja-kerja membaik pulih dan menurap semula jalan serta kerja-kerja berkaitan di sekitar Jalan Raja Dihilir dan Jalan Lahat sedang dilaksanakan di bawah kelulusan peruntukan MARRIS Tahun 2026.

Pelaksanaan projek ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan serta kelancaran lalu lintas, di samping memastikan infrastruktur jalan raya berada dalam keadaan yang lebih baik demi kemudahan pengguna.

Bagi Jalan Raja Dihilir, kerja-kerja membaik pulih dan menurap semula melibatkan dua laluan utama, iaitu hala Bandar Ipoh dan hala Tambun. Projek ini dijadualkan berlangsung selama 20 minggu, bermula 6 Julai 2026 (Isnin) hingga 23 November 2026 (Isnin).

Sementara itu, bagi Jalan Lahat, kerja-kerja menurap semula akan dilaksanakan di laluan dari Persimpangan Jalan Leong Boon Swee hingga Persimpangan Jalan Kledang Utara serta laluan sebaliknya.

Projek tersebut dijangka mengambil masa 10 minggu, bermula 6 Julai 2026 (Isnin) hingga 14 September 2026 (Isnin).

Sehubungan dengan pelaksanaan kerja-kerja ini, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan, arahan pengurusan trafik serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

MBI juga memohon kerjasama semua pemilik premis dan pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan serta mengalihkan sebarang halangan di atas rizab jalan, lorong dan bahu jalan bagi memudahkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Majlis Bandaraya Ipoh komited untuk terus mempertingkatkan kualiti kemudahan awam dan infrastruktur bandar demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif selaras dengan aspirasi Ipoh Bestari Sejahtera.

746369787 1423082779844238 2535586617232324823 N
747826823 1423082633177586 4826023592454218879 N
747962786 1423082759844240 8774590126153683598 N
748043662 1423082689844247 4104465939029622033 N
748096742 1423082623177587 205582184524148166 N
748385608 1423082656510917 8379547669213302818 N
749232063 1423082703177579 8657692587439738443 N
749330140 1423082729844243 7030930907970023562 N
749419568 1423082666510916 8315655072560211630 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6928806