Aktiviti & Berita

PEMENTASAN KARYA TEATER SENIMAN DIRAJA DATUK LAT "KAMPUNG BOY"

IPOH, 15 November 2025 – Pementasan karya teater Seniman Diraja, Datuk Lat, berjudul “Kampung Boy” berlangsung meriah di Auditorium Kompleks JKKN Perak.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah berkenaan berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.

Turut hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, yang turut memberikan sokongan padu terhadap usaha memperkukuhkan seni persembahan serta warisan kreatif negeri Perak.

Program ini juga turut berjaya menarik perhatian para penggiat dan pencinta seni tempatan.

Pementasan “Kampung Boy” yang dipetik daripada karya ikonik Datuk Lat berjaya menghidupkan nostalgia kehidupan kampung dengan sentuhan humor dan nilai murni yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Usaha sebegini diyakini mampu terus memartabatkan seni budaya serta memperkukuh identiti warisan negeri Perak.

581285303 1227616382724213 5114918723274631792 N
583036014 1227616412724210 802534032833458569 N
584572287 1227616366057548 880044346931960082 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313301