Aktiviti & Berita

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN INTEGRITI NASIONAL (SBIN) 2025

Ipoh, 5 November 2025 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, hari ini berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Perasmian Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN) 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak.

Sambutan Bulan Integriti Nasional merupakan program tahunan perdana Institut Integriti Malaysia (IIM) yang pada tahun ini mengangkat tema “Integriti Teras Kesejahteraan Negara.” Tema tersebut mencerminkan komitmen IIM dalam memperkukuh budaya integriti, kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti di semua peringkat masyarakat sebagai tunjang kepada pembangunan negara yang sejahtera, berintegriti tinggi dan bebas rasuah.

Turut berangkat dan hadir pada majlis tersebut ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM; serta YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua-Ketua Setiausaha, pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta wakil-wakil agensi dan institusi tempatan yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh ekosistem integriti nasional.

Turut memeriahkan majlis ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh pembudayaan integriti di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Kehadiran beliau mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menerapkan nilai integriti dan tadbir urus baik di peringkat kerajaan tempatan.

577754846 1218692900283228 717235260615039696 N
578259666 1218692906949894 2519141139738058135 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6812426