Aktiviti & Berita

PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KETIGA PIALA DUNIA FIFA 2026 TARIK LEBIH 3,000 PEMINAT BOLA SEPAK DI DATARAN BANDARAYA IPOH

Ipoh, 19 Julai 2026 – Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2026 telah berjaya menarik lebih 3000 peminat bola sepak menyaksikan tayangan skrin besar antara Perancis dan England di Dataran Bandaraya Ipoh pagi ini.

Perlawanan yang berlangsung penuh mendebarkan itu menyaksikan England menewaskan Perancis dengan keputusan 6-4, sekali gus mengesahkan kedudukan sebagai pasukan ketiga terbaik dalam kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu.

Suasana di Dataran Bandaraya Ipoh berlangsung meriah dan penuh semangat apabila para penyokong hadir bersama ahli keluarga serta rakan-rakan untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.

Sebahagian pengunjung turut membawa tikar dan kerusi bagi menikmati perlawanan dalam suasana yang santai, selesa dan penuh semangat kesukanan serta kebersamaan.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Clr. Encik Muhammad Hamzah bin Dato' Haji Md Hamdan, Ahli Majlis MBI, yang bersama-sama warga kota menyaksikan aksi hebat kedua-dua pasukan menerusi tayangan skrin besar.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat bola sepak menikmati perlawanan secara beramai-ramai, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti bandar raya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung, penaja, rakan strategik serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan.

Satu Bandar, Satu Semangat, Satu Sorakan!

#MajlisBandarayaIpoh
#DataranBandarayaIpoh
#SkrinBesar
#PialaDuniaFIFA2026
#PerancisVsEngland
#IpohBestariSejahtera

749239050 1426098992875950 7825741472356286960 N
750473224 1426098952875954 786654269489022813 N
752524597 1426098989542617 8465070603725487749 N
752569930 1426098959542620 4369608637233766904 N
752741086 1426099006209282 3294533305913187462 N



mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6946014