Aktiviti & Berita

PROGRAM JOM AERODANCE SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT DAN SEMANGAT PATRIOTISME

Ipoh, 19 September 2026 – Program Jom Aerodance Sempena Sambutan Hari Malaysia berlangsung meriah di Ruang Legar Lobi, Ipoh Convention Centre (ICC), hari ini dengan penyertaan ahli-ahli PUSPANITA peringkat negeri dan daerah serta orang awam.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Perak.

Hadir memeriahkan program ialah YBhg. Puan Kartini binti Ibrahim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), bersama-sama Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan MBI.

Program anjuran PUSPANITA Negeri Perak itu merupakan antara pengisian bersempena sambutan Bulan Kebangsaan yang bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan serta membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.

Aktiviti aerodance dan zumba yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih, iaitu Amer, Nana dan Choin, menampilkan pelbagai rentak menarik termasuk irama Malaysia, Bollywood, India, Cina dan Latin.
Kepelbagaian rentak tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah mencerminkan keunikan budaya serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Program berkenaan turut menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal, di samping menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam kegiatan komuniti yang sihat, positif dan bermanfaat.

Pada masa yang sama, penganjuran program tersebut berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli PUSPANITA di peringkat negeri dan daerah serta masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak sebelum sesi aerodance dan zumba berlangsung. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak serta sesi bergambar.

Penganjuran Program Jom Aerodance membuktikan bahawa sambutan Hari Malaysia dapat dihayati menerusi pendekatan yang sihat, santai dan inklusif, sekali gus menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta meningkatkan rasa cinta terhadap negara.

794435916 1482079387277910 6324365207584451122 N
797745379 1482079303944585 7049220950355269935 N
815098660 1482079430611239 2681377559991966324 N
815210387 1482079500611232 3144120843253189189 N
815210392 1482079403944575 344954834517091563 N
815336204 1482079460611236 918167767336075823 N
815542199 1482079337277915 5729597280924284016 N
815658242 1482079437277905 3279583811699419990 N
815922772 1482079493944566 5787390675649316678 N
817749254 1482079467277902 1345530653369566036 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7149111