Putrajaya, 3 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menghadiri Program Kesedaran Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864) Peringkat Kerajaan Negeri yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Tuan Ts. Abdul Rasef bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Bandaraya Ipoh.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan Akta 864 kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di peringkat negeri.
Pelaksanaan Akta 864 ini dijangka dapat memperkukuh tadbir urus perkongsian data terbuka sektor awam melalui amalan perkongsian data yang lebih tersusun, selamat dan berkesan, sejajar dengan inisiatif pendigitalan perkhidmatan kerajaan.