Aktiviti & Berita

PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK

Ipoh, 3 April 2026 – Program MADANI Rakyat 2026 Perak telah berlangsung dengan jayanya di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat sepanjang penganjurannya.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama barisan kepimpinan negara dan negeri Perak.

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut hadir ke majlis tersebut.

Program ini menampilkan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat kepada pengunjung. Antaranya ialah reruai kementerian dan agensi kerajaan, termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan maklumat terkini berkaitan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

Selain itu, inisiatif Jualan Rahmah turut diadakan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Pengunjung juga berpeluang meneroka Karnival Kerjaya yang membuka peluang kepada pencari kerja, di samping menyaksikan Pameran Aset Keselamatan yang memaparkan pelbagai aset strategik negara.

Tidak ketinggalan, Food Fest serta pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan bagi menambah kemeriahan suasana sepanjang program berlangsung.

Program MADANI Rakyat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat muafakat, di samping mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif dan berkesan.

660307168 1337416291744221 5314960936042352883 N
661167135 1337416255077558 6535024095016858919 N
661377626 1337416245077559 6675802518513222682 N
661392601 1337416208410896 6430306761405436663 N
662317155 1337416365077547 2019745478137422356 N
663152142 1337416315077552 9060050033236752674 N
665746721 1337416331744217 3458021605015974510 N
665851237 1337416211744229 593287339912879352 N
665852653 1337416305077553 6872010692958612892 N
666084817 1337416345077549 4002368770129718834 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807956