Aktiviti & Berita

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK MERIAH DI KOLEJ POLY-TECH MARA, IPOH

Ipoh, 29 September 2025 – Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh hari ini menjadi tumpuan warga Perak apabila ribuan pengunjung hadir sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung dengan penuh semangat keterbukaan dan semangat perkhidmatan rakyat.

Program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, dan turut dihadiri barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Turut hadir sama memberikan komitmen terhadap aspirasi rakyat ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh yang turun padang sendiri bagi meninjau serta menyantuni warga kota Ipoh. Beliau mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri permasalahan dan cadangan daripada penduduk serta memberi maklum balas secara langsung kepada mereka.

Majllis Bandaraya Ipoh pada masa yang sama telah menerima aduan, maklumbalas dan cadangan seperti aduan cukai taksiran, jalan rosak, cadangan permohonan bonggol jalan, dan sistem paparitan baharu di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Program ini turut dimeriahkan dengan pameran perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan, sesi dialog bersama pemimpin, kaunter aduan, pemeriksaan kesihatan, serta pelbagai aktiviti komuniti yang mesra keluarga.

Inisiatif Hari Bertemu Pelanggan ini dilihat sebagai antara pendekatan proaktif Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan, dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien dan inklusif kepada rakyat.

555661483 1186278073524711 7584651564755174961 N
555941548 1186277986858053 8755412465889116504 N
556030397 1186278236858028 8231812073285989405 N
556038597 1186278026858049 7267717771355339805 N
556222644 1186278023524716 9134734495368718166 N
556833376 1186278183524700 3046565998827083003 N
556842605 1186277926858059 7669171780092327976 N
557370712 1186278080191377 1147720542024386955 N
557580225 1186278246858027 5386047154507828987 N
557621803 1186277993524719 8858913565025868260 N
557717867 1186277930191392 6187251531022386886 N
557762010 1186278170191368 6535741457083680622 N
558064657 1186278290191356 2808336215502789471 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017242