Aktiviti & Berita

PROGRAM SUMBANGAN PADUAN & ECONSAVE PRIHATIN RINGANKAN BEBAN RUMAH ANAK YATIM CAHAYA KASIH

Ipoh, 21 November 2025 –Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN) hari ini meneruskan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat apabila Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Ahli Jawatankuasa PADUAN mewakili Ir. Ts. Arif bin Zainudin, Presiden PADUAN, menyampaikan Sumbangan PADUAN & Econsave Prihatin kepada Encik Norizan bin Razali, Pengurus Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Cahaya Kasih.

Majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung pada pagi ini turut disaksikan oleh Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Wilayah Utara, sebagai tanda sokongan dan kerjasama berterusan pihak Econsave dalam menjayakan program CSR bersama PADUAN.

Program ini dilaksanakan sebagai usaha untuk meringankan beban pengurusan rumah kebajikan tersebut, termasuk membantu menyediakan keperluan asas serta sokongan moral kepada anak-anak yatim dan golongan fakir miskin yang bernaung di bawah Rumah Cahaya Kasih.

Menurut Mohd Syahrizal, program seumpama ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan secara berterusan, bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan menerima bantuan sewajarnya.

PADUAN dan rakan strategik seperti Econsave akan terus komited dalam menyokong usaha kebajikan serta memupuk semangat prihatin dalam kalangan masyarakat.

584941908 1231572002328651 362649111351572933 N
585867896 1231572138995304 2437461736112498556 N
587683390 1231572015661983 218879240114542263 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313180