Aktiviti & Berita

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) HULU KINTA, YB MUHAMAD ARAFAT BIN VARISAI MAHAMAD DI KAWASAN TAMBUN

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) HULU KINTA, YB MUHAMAD ARAFAT BIN VARISAI MAHAMAD DI KAWASAN TAMBUN
Ipoh, 24 Jun 2026 – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, YB Muhamad Arafat Bin Varisai Mahamad telah turun padang (TURPA) ke beberapa lokasi di kawasan Tambun bagi meninjau permasalahan berkaitan pelbagai aduan yang telah dibangkitkan oleh penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Clr. Ts. Marsalifh Imammim Bin Osman, Ahli Majlis MBI Zon 2, Pegawai- Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh dan wakil-wakil penduduk.

Hasil pemantauan fizikal di lapangan mendapati beberapa permasalahan yang telah dikemukakan oleh penduduk, antaranya:

1. Isu mendapan jalan dan kerosakan struktur longkang di Taman Sri Tambun.
2. Isu kenderaan laju di jalan utama susur masuk ke Taman Sri Tambun.
3. Permohonan bonggol tambahan hadapan Sekolah Kebangsaan Tambun.
4. Permohonan turapan jalan di sepanjang Jalan Ampang, Tambun.
5. Isu banjir yang masih berlarutan di Hala Tambun Permai 8, Batu 4, Tambun.

Beberapa isu yang dikenal pasti akan disegerakan tindakan dan proses pelaksanaannya bagi memastikan keselesaan dan keselamatan oleh komuniti setempat.

Lawatan TURPA ini turut mencerminkan iltizam MBI dalam memastikan setiap aduan masyarakat diberi perhatian sewajarnya, di samping menyokong pembangunan bandaraya Ipoh yang sejahtera, selamat dan lestari.

MBI berharap agar setiap isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara berperingkat melalui kerjasama erat semua pihak berkepentingan demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.

728503552 1404972128321970 4652616782190345236 N
728726863 1404972134988636 5527668417187553802 N
729939830 1404972084988641 4980683141895677527 N
731323481 1404972094988640 564785032327710973 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811312