Aktiviti & Berita

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) DATUK BANDAR IPOH DI JALAN JUMBO JET DAN JALAN CONCORDE, TAMAN LAPANGAN TERBANG, IPOH

Ipoh, 20 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah turun padang pagi ini ke kawasan Jalan Jumbo Jet dan Jalan Concorde, Taman Lapangan Terbang bagi meninjau permasalahan berkaitan pelaksanaan laluan sehala yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Clr. Tn. Haji Azmy bin Mohamed Nazir, YBhg. Clr. En. Muhammad Hamzah bin Dato’ Haji Md Hamdan, dan YBhg. Clr. En. Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Encik A’zman bin Mohd Harun, Pengarah Kanan (Teknikal) serta Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh.

Cadangan menjadikan Jalan Jumbo Jet sebagai laluan sehala adalah berkaitan dengan pembinaan tapak penjaja di kawasan berkenaan dan telah dibentangkan serta dibincangkan dalam Mesyuarat Sesi Libat Urus yang diadakan pada 13 Februari 2025 bertempat di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Majlis Bandaraya Ipoh.

Hasil pemantauan fizikal di lapangan mendapati beberapa permasalahan telah dikemukakan oleh penduduk, antaranya:

Penduduk Taman Lapangan Terbang terpaksa menghadapi kesesakan trafik untuk memasuki taman melalui Jalan Concorde;

Kenderaan tertumpu ke Jalan Concorde sebagai laluan utama untuk masuk ke taman dan kawasan sekitarnya;

Persimpangan di hadapan Carsem menjadi sesak akibat fenomena ‘bottle neck’ disebabkan penumpuan kenderaan ke satu laluan sahaja;

Penggunaan Jalan Jumbo Jet yang dijadikan sehala menyebabkan kekurangan akses alternatif kepada penduduk.

Sehubungan itu, antara penambahbaikan yang dicadangkan oleh penduduk termasuklah pembukaan semula sebahagian Jalan Jumbo Jet bermula dari simpang Jalan Lapangan Terbang hingga ke simpang Jalan Piper. Langkah ini diharap dapat mengurangkan jumlah kenderaan di persimpangan Carsem serta memberi lebih pilihan kepada penduduk Taman Lapangan Terbang untuk keluar masuk kawasan melalui laluan alternatif yang lebih efisien.

Lawatan turun padang ini menunjukkan komitmen Datuk Bandar Ipoh dan pihak Majlis dalam memahami realiti di peringkat komuniti serta berusaha mencari penyelesaian terbaik secara holistik. Diharapkan isu ini dapat ditangani secara berperingkat demi menjamin kesejahteraan penduduk dan menyokong pembangunan bandar yang lebih lestari dan seimbang.

502376672 1106408638178322 3856130780770304350 N
502377912 1106322211520298 437429373162585653 N
502473950 1106322374853615 3023006314543936895 N
502502451 1106322391520280 8150614953237540563 N
502542861 1106322361520283 104409594445253870 N
502595277 1106322218186964 7923287333528615335 N
508835140 1106322404853612 8767730747214224805 N
509078876 1106322331520286 3085351086546407391 N
509358294 1106322254853627 3192283520101131379 N
509604629 1106322271520292 6829997393363531418 N
510467891 1106322281520291 6955187186335517796 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019741