Aktiviti & Berita

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) SALURAN AHLI MAJLIS DI SEKITAR KAWASAN BUNTONG DAN SILIBIN

Ipoh, 10 Mac 2026– Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus komited dalam menyantuni permasalahan komuniti setempat apabila Yang Berhormat Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong bersama YBhg. Clr. Encik Lawrence a/l R. Palanisamy, Ahli Majlis MBI Zon 6 serta YBhg. Clr. Encik Sivam a/l Kalimuthu, Ahli Majlis MBI Zon 7
telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) ke beberapa lokasi sekitar kawasan Buntong dan Silibin pada pagi ini.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Encik A’zman bin Mohd Harun, Pengarah Kerja Awam, Pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh dan Puncak Emas Infra Sdn.Bhd.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau serta menilai secara langsung aduan dan isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat berkaitan kekerapan berlakunya banjir melibatkan beberapa kawasan perumahan antaranya di:

1) Kampung Baru Buntong
2) Taman Lim
3) Taman Cherry

Beberapa isu yang dikenal pasti akan disegerakan tindakan dan proses pelaksanaannya bagi memastikan keselesaan dan keselamatan oleh komuniti setempat.

Lawatan TURPA ini turut mencerminkan iltizam MBI dalam memastikan setiap aduan masyarakat diberi perhatian sewajarnya, di samping menyokong pembangunan bandaraya Ipoh yang sejahtera, selamat dan lestari.

MBI berharap agar setiap isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara berperingkat melalui kerjasama erat semua pihak berkepentingan demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.

649520869 1317316387087545 712627289507427739 N
650107152 1317316337087550 294409116694991117 N
650112723 1317316377087546 3751208873615674007 N
650382434 1317316343754216 2546687651510262494 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811363