Ipoh, 8 Februari 2026 – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTAS) pagi ini.
Program sambutan yang berlangsung di LTAS merupakan tanda penghormatan serta manifestasi hubungan erat antara Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkukuh jalinan kerjasama.
Ketibaan TYT dan isteri telah disambut oleh YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta.
Majlis sambutan ini turut dihadiri oleh YB Encik Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor; YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.
Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian TYT dan isteri berangkat ke Negeri Perak.